Tuesday 10 January 2017

Khasiat Susu Kambing





Ketika membaca buku  yang bertajuk "44 Hari Bersama Nurfarahin" saya mendapat banyak maklumat menarik dan bermanfaat tentang penjagaan diri semasa mengandung dan semasa berpantang. Untuk bakal-bakal ibu saya cadangkan untuk mendapatkan buku tersebut.  Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya baca dari buku tersebut iaitu tentang khasiat susu kambing.

Susu kambing amat baik diminum sebagai amalan harian dan juga amat baik diamalkan oleh wanita sepanjang tempoh kehamilan .



Menurut Prof. Dr. Ramli Abdullah dari Universiti Malaya, iaitu pakar bioteknologi pembiakan, susu kambing lebih baik dari susu lembu kerana lebih mudah diresap, rendah lemak dan laktosa serta lebih tinggi kandungan protein.

Antara manfaat susu kambing ialah:

1.  Ia adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu.
2.  Tidak mengandungi toksin.
3.  Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil.
4.  Mengandungi kalsium dan protein yang tinggi serta anti barah.
5.  Menyembuhkan banyak penyakit seperti lelah, demam kuning, batuk kering, gastrik, lemah jantung, insomnia, ulser, darah tinggi, kepeningan, keradangan sendi, penyakit buah pinggang, limpa dan hati, penyakit saraf dan lemah tenaga batin.
6. Mengelakkan kekejangan kaki terutama di akhir kehamilan.
7.  Membantu fungsi pencernaan.
8.  Memperbaiki kesihatan kulit, mencegah penyakit ekzema dan mencantikkan kulit bayi yang bakal lahir.
9.  Meningkatkan pengaliran darah.
10.  Menghalang migrain.
11.  Menghilangkan bau nafas.
12. Mengatasi masalah sukar tidur.

Petua Bayi

"Pesan orang tua-tua, sekiranya mahukan anak yang bijak dan berkulit cantik, berilah susu kambing ketika bayi berusia empat bulan ke atas.  Cairkan susu kambing yang dibekukan dengan merendam dalam bekas berisi air panas.  Setelah cair, campurkan 10ml susu kambing dengan 10ml air suam."

Saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca terutamanya pada bakal ibu dan wanita mengandung kerana penjagaan pemakanan semasa mengandung amat penting untuk ibu dan anak yang dikandung.  

No comments: