Tuesday 13 January 2015

Tips untuk genius

Hari ini apabila saya menerima satu message 'whatsapp', saya terpanggil untuk berkongsi untuk renungan kita bersama.   Ia sangat bagus untuk diamalkan oleh umat Islam dan amat bagus jika dijadikan amalan untuk anak-anak kita.  Melentur buluh biar dari rebungnya.

"Walaupun tidak tau siapakah pengirim asalnya....di sini saya salin 100 peratus apa yang ditulis.  Semoga penulis dan semua penyebarnya mendapat balasan baik dari Allah. Cuba amati apa yang dikatakan oleh penulis di bawah: 


Sejak dulu saya selalu dengar kawa-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak itu ambil SPM, selalunya mesti keputusan cemerlang...  Padahal, yang sekolah akademiksejak kecil, tak semua sehebat tu.....

Begitu juga para ulama' terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya.... Dan menjadi hafiz al-Quran pada zaman ulama' silam merupakan se suatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi  saya terfikir...., apa rahsia mereka?  

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz al_Quranlah Allah bantu mereka qalaupun dalam pelajaran akademik...  Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada ulama' serta saintis, saya dapati satu kesimpulan yang saya kira agak baik iaitu, melazimi membaca al-Quran dengan istiqamah akan 'melajukan' otak kita.

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya, walaupun pada mulanya saya tak berapa paham.  Tapi apabila saya mula amati pembacaan al-Quran saya, memang benarm otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan al_Quran yang lancar.  Sekiranya otak saya lambatberfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.  

Hal ini saya fahami ketika saya masih bersekolah menengah MRSM dulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebut tentang pembacaan al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential...

Bagaimana ia boleh berlaku?  Ok, logika dan saintifiknya begini......

Bila kita buka mushaf al-Quran dan mula melihat ayat-ayat al-Quran, kita akan buka mulut untuk membaca dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya di mana, jika iabersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isyam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan. Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula untuk bergerak untuk bunyikan ia.  Bermakna otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimana cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca al-Quran yang hukum bunyinyaterlampau banyak (melainkan kita membaca al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan al-Quran yang pertama, mata kita sudahpun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Ketika membaca al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju.  Data yang dihantar diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan  mata yang memandang kepada mushaf tersebut.  

Apabila seseorang itu membaca al-Quran sambil melihat mushaf (naskah al-Quran) dengan lancar dan cantik, lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.  Dan yang lebih menarik, bilamana al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar.  Padahal kalau kita baca buku selain al-Quran, tak pulak jadi macam tu.

Nada indah beralun yang keluar ketika al-Quran dibaca itu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi itu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.  Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca al-Quran, nada yang indah itu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math, kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat, sedangkan badan kita tak bergerak pun.  Penat itu berlaku sebab otak kita yang penat. 

Pembacaan al-Quran pula menggunakan otak kita dengan kuat tetapi tidak memenatkan langsung.  Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan saling berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah. 

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan memperbanyakkan membaca al-Quran.  Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad.......


Jom baca al-Quran"

Sekian....semoga semua mendapat manfaat dari artikle ini.



2e156b5d232c06f0fa742d67678bf44da653094402cb4666a2






No comments: