Sunday 11 January 2015

Daun belalai gajah



Nama saintifiknya 'clinacanthus' daripada keluarga 'acanthaceae'.  Pokok yang dikenali sebagai Sabah Snake Grass (SSG) ini dikatakan berasal dari Thailand selain tumbuh di kawasan beriklim Tropika.

Belalai Gajah adalah sejenis herba yang popular dalam perubatan tradisional Thai dan China.  Ia sejenis tumbuhan herba yang mempunyai struktur batang kecil dan panjang.  Ia sejenis tumbuhan renek yang tumbuh menegak dengan batang berkayu.  Jika tidak dicantas, ia mempunyai ketinggian 2.5 meter.


Disebabkan batangnya yang kecil dan lembut, herba ini memerlukan sokongan bagi mengelakkannya rebah ditiup angin.  Batangnya mempunyai ruas-ruas berkayu bewarna hijau dengan menegak dan kurang bercabang.  Tumbuhan ini boleh membiak melalui keratan batang.

Di Thailand herba ini digunakan untuk merawat kulit, manakala estrak daripada daunnya yang segar digunakan untuk merawat ruam kulit.  Esktrak tumbuhan ini juga digunakan di dalam krim yang disapu pada badan ketika terkena cacar air (shicken pox).

Daun belalai gajah sudah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.  Kajian mendapati daun herba ini mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, selain mengandungi pelbagai mineral diperlukan tubuh badan, vitamin dan asid amino.

Selain daun segar, herba ini diestrak untuk suplimen dalam bentuk yang mudah diambil serta dijadikan serbuk dengan campuran perisa, kapsul dan teh uncang. 

Sumber :  Harian Metro Selasa, 6/1/2015.

No comments: