Saturday 3 January 2015

Azam tahun 2015- pengurusan wang yang lebih baik


Bila nak memasuki awal tahun jer, ramai yang membuat azam baru.  Azam baru tahun 2015 bermaksud target yang kita ingin capai untuk tahun 2015 ini.  Azam bukanlah angan-angan kosong.  Bila kita telah berazam, cuba rancang dan capainya sebaik mungkin.  Salah satu azam yang tak patut di ketepikan adalah azan kewangan.

Pengurusan wang yang baik adalah amat penting untuk kesinambungan hidup yang baik untuk masa akan datang.  Azam tahun 2015 yang patut dipertimbangkan adalah:

1.  Pengagihan ppendapatan lebihan dan yang di luar jangka
  • Apabila anda pendapat pendapatan lebihan atau di luar jangkaan, pada tahun ini, anda patut mempertimbangkan untuk membahagi-bahagikan wang tersebut.  bahagikan ia kepada tiga bahagian.  Bahagian pertama adalah untuk membayar hutang, bahagian kedua untuk disimpan dan selebihnya barulah boleh dibelanjakan.


2.  Simpanan kecemasan
  • Simpanan kecemasan adalah sangat penting untuk menghadapi situasi luar jangka seperti kerosakan kereta dan sebagainya.  Cara untuk menentukan simpanan kecemasan adalah, cuba anda jumlahkan jumlah perbelanjaan anda setiap bulan seperti bil elektrik, bil air, sewa rumah, bayaran kereta diberhentikan kerja dan sebagainya.  Gandakan jumlah tersebut kepada tiga kali ganda.  Cubalah mencukupkan jumlah simpanan tersebut di sebuah akaun bank yang berasingan.  Andai kata ada musibah terjadi seperti diberhentikan kerja, sekurang-kurangnya anda boleh bertahan selama tiga bulan untuk keadaan anda pulih kembali.

3.  Upah diri anda sendiri
  • Setiap bulan kita wajib membayar bil-bil seperti bil elektrik, bil air, bayaran bulanan kereta dan sebagainya.  Tambahlah satu lagi bil yang perlu dibayar iaitu upah untuk diri anda.  Buka satu akaun simpanan khas untuk ini.  masukkan lah wang tiap-tiap bulan ke akaun ini juga dan anggap ia sebagai bil yang patut dibayar setiap bulan.  Jumlah yang patut diketepikan untuk upah anda ini bergantung kepada keselesaan kewangan anda.
4.  Melabur untuk diri sendiri
  • melabur untuk diri sendiri adalah bermaksud menuntut ilmu iaitu dengan memabaca buku, menghadiri kursus dan seminar, dan sebagainya yang boleh digunakan untuk memperbaiki ekonomi diri anda.  

5.  Aktiviti percutian keluarga dengan kos minima
  •  Kurangkan percutian yang memerlukan perbelanjaan yang banyak.  Lebihkan melakukan percutian yang menggunakan perbelanjaan yang minima seperti pergi ke taman-taman permainan, muzium, perpustakaan dan sebagainya yang tidak memerlukan kos yang tinggi.  Ini dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga anda.
6.  Amalkan hidup yang sihat
  • badan yang sihat bukan sahaja dapat menghindarkan kos perbelanjaan yang tinggi, tetapi ia juga dapat memastikan anda sentiasa sihat, bertenaga dan produktif untuk menjalankan aktiviti harian dengan cekap.  Amalan kehidupan yang sihat adalah seperti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, kurangkan makanan berlemak, kurangkan pengambilan gula dan garam, lebihkan makan buah-buahan dan sayr-sayuran dan sebagainya.
Selamat tahun baru kepada semua pembaca.  Semoga semua azam anda pada tahun ini akan tercapai.  Semoga tulisan saya ini menberikan sedikit manfaat kepada semua.

Sumber :  Azam urus wang, Harian metro Jumaat, 2/1/2015 oleh Irfan Hairi.

No comments: