Thursday 22 January 2015

Ayam masak ungkep

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

1 ekor ayam (dipotong 12, lebih elok sekiranya ayam tua@ayam kampung)

Bahan-bahan A (untuk dikisar)
2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
20 tangkai cili padi (kalau nak lagi pedas tambahkan lagi cili padi)


Bahan tumis
Halia (dihiris nipis)
Air secukupnya
2 batang serai
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan A yang telah dikisar. Tumis sehingga naik minyak.
  4. Setelah naik minyak, masukkan ayam. Biarkan sebentar lebih kurang 2-3 minit.
  5. Masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukup rasa. Tutup kuali. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hancur. Tu sebab lebih elok guna ayam tua @ ayam kampung.
  6. Biarkan sehingga kuah pekat . Kemudian bolehlah dihidangkan.


No comments: