Tuesday 20 January 2015

Ayam goreng berempah


bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1/2 cawan tepung goreng serbaguna/ala KFC
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukupnya
  • 2 tangkai daun kari

bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 8-10 batang serai
  • 1 sudu besar biji ketumbar
cara-cara : Satukan kesemua bahan di atas dan gaul-gaulkan sebati. Kemudian diperap hingga 2-3 jam atau semalaman. Sediakan minyak yang banyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan. 

No comments: