Tuesday 23 December 2014

Tips melahirkan anak yang cerdik

Untuk melahirkan anak yang cerdik, pendekatan harus diambil dari awal iaitu sebelum si ibu mengandung lagi.  Apabila pasangan merancang ingin mempunyai anak, si bapa yang merokok haruslah berhenti merokok.  Ini akan memastikan sperma yang dihasilkan adalah sperma yang berkualiti.

Si bapa harus berhenti merokok sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum melakukan hubungan intim dengan bakal ibu.  jangan lupa, andai bakal ibu juga seorang perokok, tindakan yang sama perlu diambil, iaitu berhenti merokok sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung dan terus berhenti sehinggalah bayi berhenti menyusu badan.  Sebaik-baiknya berhenti terus kerana merokok tidak baik untuk kesihatan.

Sepanjang mengandung elakkan diri dari menghidu asap rokok kerana asap rokok boleh melemahkan otak ibu dan anak dalam kandungan.  Oleh itu elakkan dari pergi ke kawasan-kawasan yang sering dikunjungi oleh perokok.



Apabila si ibu disahkan mengandung, para ibu dinasihatkan membuat latihan menyelesaikan masalah matematik mengikut tahap kemampuan ibu setiap hari.  Disamping itu si ibu juga digalakkan bermain alat muzik seperti piano dan biola.  Amalkan juga mendengar muzik-muzik klasik.  Aktiviti ini akan dapat melatih otak anak yang dikandung untuk menjadi pintar.  Ibu juga digalakkan mengambil pil pati minyak ikan kod serta mengamalkan makan kekacang seperti badam setiap hari.  Minyak ikan kod dan badam juga membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan untuk menjadi lebih cerdik.

Di samping badam, ibu mengandung juga digalakkan memakan sayur-sayuran segar seperti salad dan juga buah buahan segar.  Banyakkan juga memakan daging ikan.

Latihlah anak anda untuk menyelesaikan masalah matematik sesuai dengan tahap mereka.  Latih juga mereka bermain piano, biola atau lain-lain alat muzik.  Aktiviti ini akan meningkatkan IQ anak anda.  Dedahkan mereka dengan permainan-permainan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi seperti memanah, menembak, dart, bola keranjang dan berlari.


Badam, ikan, sayur-sayuran terutamanya salad serta buah-buahan segar perlu dicampurkan ke dalam menu harian anak.  Buah-buahan segar dan sayur-sayuran haruslah diberikan sebelum makan makanan berat.  Jika sayur-sayuran dan buah-buahan diberikan selepas makan nasi contohnya, akan menyebabkan kanak-kanak tersebut mengantuk dan sukar memahami pelajaran.  Jangan lupa juga memberikan minyak ikan kod setiap hari kepada anak anda.

Semoga dengan mengamalkan perkara-perkara di atas dapat membantu menjadikan anak anda seorang yang cerdik dan berjaya dalam hidup yang semakin mencabar.




No comments: