Saturday 12 July 2014

Penyakit Periferi Arteri (PAD) pembunuh senyap


Penyumbatan darah di bahagian kaki akan menyebabkan penyakit vaskular periferi.  Jika tidak dirawat dari awal. pesakit akan merasa sakit berpanjangan pada anggota peha dan betis sebelum kesan gengren (lebam atau hitam).  Penyakit ini dikenali sebagai Periferi arteri (PAD).  PAD juga akan meyebabkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik kerana penyumbatan di bahagian tertentu.  

Penyakit PAD adalah pembunuh senyap dan ia lebih merbahaya daripada kanser jika tidak mendapat rawatan dengan betul.  Penghidapnya boleh meninggal dunia dalam masa singkat atau kehilangan anggota badan yang penting iaitu kaki.

Simptom awal penyakit ini adalah, pesakit mengalami lenguh atau sakit di bahagian paha dan betis walaupun tanpa berjalan atau melakukan aktiviti harian yang memenatkan.  Jika anda mengalami simptom ini, segeralah berjumpa pakar perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan sepatutnya bagi mengelakkan keadaan yang lebih teruk iaitu kehilangan kaki atau nyawa dari berlaku.  Rawatan awal mampu membantu pesakit sembuh sepenuhnya insyaAllah.

Pesakit kencing manis juga mempunyai risiko untuk menghidap penyakit ini iaitu menyebabkan luka yang sukar sembuh di bahagian kaki.  Jika tempoh melebihi seminggu dan lebam di kaki tidak hilang, mereka disarankan untuk membuang anggota berkenaan kerana bimbang akan merebak ke bahagian lain.  Walaubagaimanapun, walau bahagian tersebut telah dipotong, ada kemungkinan saluran tersumbat itu masih kekal dan akan menyebabkan bahagian lain akan mengalami masalah yang sama.
  

Picture of angioplasty for peripheral arterial disease, step 3


Setiap penyakit ada ubatnya.  Rawatan yang akan diberikan kepada pesakit PAD untuk menghilangkan kesan tersumbat itu ialah memasukkan belon atau besi khas ke dalam bahagian berkenaan untuk membuka ruang untuk pengaliran darah yang betul.  Rawatan ini akan membantu pesakit sembuh dan bahagian luka akan hilang dalam masa yang ditetapkan.  Pesakit akan bebas dari penyakit ini jika menjaga kesihatan mereka dengan baik dan teratur bersama nasihat pakar perubatan. 

Sumber :  Harian Metro 30 Jun 2014. Artikel tulisan Siti NurHidayatidayu Razali yang bertajuk :  Risiko hilang anggota tubuh.


No comments: