Thursday 10 July 2014

Khasiat Kranberi


KHASIAT BUAT KRANBERIWanita mudah terdedah kepada jangkitan saluran kencing atau lebih dikenali sebagai UTI.  Mengikut statistik, 60 peratus wanita mengalami UTI sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.  Jangkitan ini boleh berlaku melalui hubungan seksual.

Wanita mengandung pula boleh mengalami jangkitan disebabkan perubahan hormon yang membuatkan refluks kencing dan tekanan kepada pundi kencing sebaik kandungan memasuki trimester terakhir.  

Kira-kira 50 peratus daripada wanita yang telah menopaus mengalami UTI disebabkan kadar estrogen yang semakin menurun yang menyebab kekeringan di bahagian saluran kencing.

Di samping wanita dewasa, kanak kanak dibawah usia 2 tahun juga berisiko mengalami jangkitan kerana organ saluran kencing mereka masih belum matang.

Tidak dinafikan lelaki juga boleh mengalami UTI tetapi peratusannya adalah sedikit jika dibandingkan dengan wanita.



Dr George Lee Eng Geap

Kebiasaannya apabila seseorang dijangkiti UTI, doktor akan memberi antibiotik bagi mengekang serangan bakteria pada saluran kencing.  Adakah anda tahu bahawa buah kranberi mampu mencegah dari jangkitan ini terjadi?


Kranberi mempunyai khasiat yang amat baik untuk kesihatan manusia.  Menurut Dr. George Lee di Harian Metro bertarikh 7 Julai 2014, buah kranberi boleh diambil sebagai alternatif kepada antibiotik kerana ia terbukti mampu menghalang UTI (jangkitan saluran kencing) dan menjaga kesihatan salur kencing.

Jus kranberi sangat sesuai dan baik untuk wanita mengandung kerana ia bukan ubat.  Walaupun bukan ubat, ia mampu berfungsi menjaga saluran kencing supaya ia kekal sihat kerana UTI boleh memberi risiko kepada kandungan. 

... ocean spray ocean spray cranberry ocean spray cranberry with a hint of
Selain mengelakkan UTI, jus kranberi juga mampu menghalang pembentukan batu karang di dalam buah pinggang serta menjaga kesihatan mulut, gigi dan jantung. Kranberi yang mengandungi komponen antioksidan semulajadi iaitu Proanthocyanidins (PAC) dipercayai mampu "menewaskan" bakteria berbahaya tanpa mengganggu bakteria baik ketika berlaku jangkitan.

Menurut Dr. George Lee lagi, data saintifik menunjukkan PAC mampu menghalang bakteria seperti E coli daripada melekat pada selaput pada tubuh manusia seterusnya menyingkirkan bakteria dari tubuh.  PAC mampu mengurangkan lekatan patigen serta bentuk sel membrannya.  Ia berperanan melindungi tubuh dan membuang sebarang radikal bebas ketika berlakunya jangkitan. Kandungan polifenol yang tinggi di dalam kranberi juga mampu mengurangkan percambahan mikrob.

Jus kranberi juga kaya dengan vitamin C, asid salistik dan mineral penting seperti magnesium, zat besi dan zink.  Selain UTI, kranberi juga mampu menghalang terjadinya beberapa jenis kanser, meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta mengurangkan tekanan darah tinggi. 









No comments: