Wednesday 16 October 2013

Kulit sihat dan cantik dengan bahan semulajadi

Setiap orang pasti menginginkan kulit yang putih gebu dan cantik dan setiap hari kita dihidangkan dengan iklan kosmetik penjagaan kulit di surat-surat khabar, majalah dan kaca televisyen.  Jika kita telah membuat keputusan untuk menggunakan kosmetik jenis moden ini, kita harusklah menyelidik dahulu tentang kesesuaian dan keselamatan produk tersebut terhadap kulit kita.

Artikel saya ini bukanlah hendak mengupas tentang kosmetik tersebut, tetapi ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang maklumat yang saya dapat dari Harian Metro Khamis bertarikh 3 Oktober 2013 mengenai penggunaan bahan semulajadi untuk kecantikan kulit.

Bahan semulajadi yang pertama yang akan saya kongsikan ini amat mudah diperolehi dan paling sering digunakan sebagai salah satu dari bahan masakan; iaitu kentang.   Selain boleh dimasak untuk hidangan keluarga, ia mempunyai kelebihan tersendiri untuk kecantikan kulit badan dan wajah.

Kentang mengandungi vitamin C yang sangat baik untuk kulit.  Ia mampu melembutkan dan mencerahkan kulit secara semulajadi.  Untuk menggunakannya, kentang tersebut haruslah dihancurkan / dilumatkan sebelum diratakan ke seluruh muka dan bahagian badan.  Biarkan di kulit selama sekurang-kurangnya 30 minit.  Hirisan kentang juga boleh diletakkan di bahagian mata dan dibiarkan 30 minit juga.  Ini dapat membantu mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata.

Bahan kedua yang akan saya kongsikan adalah tomato.  Ia boleh digunakan sebagai lulur (scrub).  Jika digunakan dengan teratur dan kerap iaitu sekali seminggu, ia mampu menghalus, melicin dan mencerahkan kulit.  Penggunaan tomato sebagai lulur boleh menanggalkan dan membuang sel kulit mati yang menyumbat pori-pori kulit serta mempercepatkan penggantian sel kulit baru.  Ia juga boleh menjadikan pipi lebih cerah dan anjal serta kemerah-merahan seperti memakai pemerah pipi.

Bahan ketiga adalah sengkuang.  Kebaikan bahan ini adalah ia mampu mencerahkan dan menghilangkan bintik hitam dan pigmentasi kulit.  Paling elok jika ia dikisar dan disapukan pada muka yang sudah dibersihkan.  Pupur wajah sengkuang dikatakan mempu menghasilkan kulit yang cerah dan berseri.

Bahan yang keempat adalah timun.  Ia mampu membuat wajah cerah dan lebih berseri.  Caranya adalah dengan memarutkan timun dan dicampurkan dengan sedikit tepung jagung.  kacau dan saoukan pada keseluruhan muka dan dibiarkan sehingga kering.  lakukanlah tiga kali seminggu.  Anda pasti akan teruja dengan hasilnya.

Bahan terakhir adalah madu.  Ia amat baik untuk kesihatan badan dan juga untuk kecantikan kulit.  Madu amat berkesan dalam penyembuhan luka dan menghilangkan bintik-bintik merah disekitar wajah.  Di samping itu, ia juga dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan.  Caranya adalah, ambil sedikit madu dan sapukan pada bahagian muka dan leher.  Lakukan dengan kerap untuk mendaptkan perubahan yang cepat. 

Untuk mendapatkan kulit yang cantik, disamping penjagaan luaran, kita juga harus menjaga keadaan dalaman juga iaitu mengambil makanan yang kaya dengan vitamin A, C dan E yang baik untuk kulit.  Selain dari itu rehat yang cukup dan senaman turut membantu pertumbuhan kulit.  Minum air secukupnya juga penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan mencegah penuaan.








No comments: