Friday 6 September 2013

Susu ibu - Kebaikan kepada ibu dan anak


Susu ibu memang diakui sejak dulu lagi mempunyai pelbagai nutrien penting yang diperlukan bagi melindungi bayi dari sebarang jangkitan dan penyakit.  Antara kebaikan yang terkandung dalam susu ibu adalah antibodi, hormon, antivirus, antialahan, antiparasit dan sebagainya.

Menurut pengasas The Breastfeeding Advocates Network (TBAN), seperti yang tersiar di dalam akbar Harian Metro 2 September 2013, susu ibu dapat memberikan kesihatan yang lebih baik kepada bayi walaupun ketika itu ibu sedang sakit. 

Ini adalah kerana apabila si ibu sakit, badan si ibu akan mengeluarkan antibodi untuk melawan penyakit.  Antibodi ini juga akan ada di dalam susu ibu tersebut.  Oleh itu, antibodi di dalam susu tersebut akan melindungi anak dari terkena penyakit yang sama.

Dari segi peratusan pula, susu ibu mengandungi 88.1 peratus air (susu), 3.8 peratus lemak, 7 peratus laktosa, 0.9 peratus protein dan 0.2 peratus lain-lain.  Oleh itu tidak perlu lagi memberikan air tambahan kepada bayi kerana susu telah mengandungi kandungan air yang tinggi.  Air yang berlebihan boleh mengundang bahaya kepada bayi.  Oleh itu elakkan dari memberi air kepada anak selepas penyusuan susu ibu.



Dari segi ekonomi pula, pemberian susu ibu adalah sangat menjimatkan dari memberi susu formula kerana susu formula yang baik berharga agak tinggi terutama untuk bayi yang berumur dari 0 hari hingga 6 bulan. Dari segi kualiti juga, susu formula tidak akan dapat menandingi kualiti susu ibu. 

Pemberian susu ibu juga dapat membantu para ibu untuk menurunkan berat badan setelah mengalami kenaikan ketika mengandung.  Ia adalah cara yang agak cepat untuk menurunkan berat badan berbanding melalui senaman semata-mata.  Ia adalah satu kelebihan sebenarnya. 

Berikahlah susu ibu untuk kebaikan diri anda dan sikecil.













No comments: