Thursday 19 September 2013

Sayangi jantung anda dengan makanan yang berkhasiat dan rendah kolesterol


Kesihatan jantung amat berkait rapat dengan pemakanan yang kita makan hari-hari.  Pengambilan makanan yang berkhasiat serta mengandungi kandungan kolesterol yang rendah amat membantu dalam penjagaan kesihatan jantung. Penjagaan terhadap pemakanan dan jantung perlu saling melengkapi.  Pemakanan sihat akan memberi kesan kepada usaha mengurangkan tahap kolesterol, sekaligus mengelakkan risiko serangan jantung.

Tahap kolesterol yang tinggi dalam badan disebabkan pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol yang berkebihan boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada kesihatan dan jantung.  Kolesterol berlebihan akan menjurus kepada pemendapan pada dinding salur darah yang seterusnya menyempitkan arteri dan boleh menyebabkan ia tersumbat serta boleh menyebabkan serangan jantung.

Pengambilan makanan yang kaya dengan gandum, protein, serat serta antioksidan dan rendah kandungan kolesterol ditambah lagi dimasak dengan menggunakan minyak zaitun amat baik untuk jantung kerana minyak zaitun mampu membantu mengurangkan kolesterol dalam darah.

Sayur juga boleh menjadi diet yang paling mudah dan ringkas kerana ia secara semulajadi rendah lemak dan kalori dan tidak mengandungi kolesterol.  Ia adalah sumber penting untuk pelbagai jenis nutrien termasuk potassium, serat, folat (asid folik), vitamin A dan vitamin C. 

Diet yang kaya dengan potassium membantu mengekalkan tekanan darah pada paras sihat.  Makanan yang mengandungi potassium termasuk ubi keledek, kentang putih. kacang putih, tomato, kacang soya, kacang lima, bayam dan kacang.

Serat yang terdapat dalam sayur secara keseluruhannya membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah.  Ia juga penting untuk fungsi usus yang betul dalam mengurangkan sembelit.  Ia turut memberi rasa kenyang dengan kandungan kalori yang rendah.

Berikut adalah 10 sayuran paling baik untuk kesihatan jantung menurut North Ohio Heart di bawah Kumpulan Perubatan Ohio:
  1. Asparagus  :  Antara nutrien penting untuk kesihatan jantung yang terdapat dalam sayuran  ini adalah vitamin B6.  Vitamin ini boleh menurunkan homocysteine, sejenis asid amino yang berkait rapat dengan penyakit jantung.
  2. Lada Benggala  :  Ia mengandungi folat, satu lagi nutrien yang boleh mengurangkan homocysteine.
  3. Lobak  :  Lobak kaya dengan karotenoid iaitu antioksidan yang dapat memerangi radikal bebas yang menyebabkan penyakit jantung. 
  4. Tomato  :  Karotenoid yang dipanggil lycopene dalam tomato terbukti berkesan mencegah penyakit jantung.
  5. Brokoli  :  Brokoli mempunyai kandungan vitamin C yabg tinggi dab ia boleh mengurangkan pendedahan kepada penyakit jantung serius dan tidak serius.
  6. Sayuran daun hijau  :  Sayuran daun hijau adalah sumber yang sangat baik untuk magnesium. Magnesium boleh engurangkan risiko kegagalan kesihatan secara tiba-tiba dikalangan wanita.
  7. Bawang putih  :  Bawang putih mengandungi fitokimia yang meningkatkan imuniti dan melindungi jantung daripada penyakit.
  8. Bawang  :  Bawang adalah sumber yang kaya dengan fitokimia yang mengandungi sulfur.  Fitokimia boleh mengurnagkan tahap kolesterol yang seterusnya mencegah penyakit jantung.
  9. Kentang  :  Kentang adalah makanan yang tinggi potassium dab ia boleh membantu badan mengekalkan tekanan darah yang sihat.  
  10. Squash  :  Ia mempunyai banyak nutrien yang baik untuk kesihatan jantung yang baik termasuk vitamin C, potassium, magnesium dan folat.
Sumber  :  Harian Metro 18 September 2013

No comments: