Friday 23 August 2013

Perancangan perbelanjaan untuk percutian

Meluangkan masa bercuti bersama keluarga dan anak-anak adalah perkara yang positif dan memberikan kegembiraan dan memori indah kepada anak-anak terutama kanak-kanak.  Anak kecil yang mana yang tidak akan menunjukkan reaksi dan keterujaan apabila diberitahu oleh ibu bapa mereka yagn mereka hendak pergi bercuti.

Untuk memastikan percutian keluarga anda berjalan lancar.  Perancangan yang teliti adalah diperlukan terutama perancangan kewangan.  Rancanglah percutian yang sesuai dengan budget anda.

Berikut adalah beberapa tips yang saya yang saya fikir bermanfaat untuk dikongsikan bersama pembaca iaitu:

1.  Perancangan awal
  • Pilihlah destinasi dan tarikh percutian beberapa bulan sebelum pergi bercuti.  Ia adalah amat penting agar anda boleh menganggarkan kos perbelanjaan keseluruhan. 
2.  Pakej promosi
  • Untuk mengurangkan kos perbelanjaan, anda boleh bercuti ketika adanya pakej-pakej promosi.  Pakej-pakej promosi ini boleh anda dapati dari syarikat-syarikat pelancungan dan syarikat penerbangan.  
  • Sebagai contoh, untuk penerbangan ke Lombok Indonesia dari 1 November 2013 hingga 23 Januari 2014, Air Asia mengadakan promosi tambang murah dari Kuala Lumpur ke Lombok serendah RM199.00 sahaja.  Untuk mendapatkan tambang rendah tersebut, tempahan harus dibuat dari sebelum 18 Ogos 2013. 

3.  Manfaatkan sarapan
  • Banyak hotel-hotel menyediakan pakej sewaan bilik beserta sarapan.  Manfaatkan sarapan ini dengan makan dengan kenyang sebelum keluar bersiar-siar.  Ini dapat memastikan anda sekeluarga dapat bersiar-siar dengan tenang kerana perut telah pun diisi.  Ia juga dapat menjimatkan wang anda kerana tidak perlu mengeluarkan wang tambahan untuk bersarapan diluar.
4.  Sediakan duit untuk kecemasan
  • Walaupun perancangan rapi telah dilakukan dari segi kewangan dan sebagainya, peruntukan untuk perbelanjaan luarjangka dan kecemasan perlu disediakan andainya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini dan di luar jangkaan.  Sebanyak 20 peratus dari tabungan perbelanjaan percutian hendaklah diasingkan untuk perkara ini.
5.  Tunai lebih baik
  • Semua perbelanjaan sebaik-baiknya dilakukan dengan tunai.  Jika bercuti di dalam negara, debit kad juga boleh digunakan.  Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit kerana caj tambahan akan dikenakan terhadap semua belian anda.  Tidak menggunakan kad kredit juga dapat mengelakkan anda berbelanja lebih dari budget percutian anda.

Semoga percutian yang dirancang berjalan lancar dan anda sekeluarga gembira.

 


No comments: