Sunday 7 October 2012

Penyakit jantung - Peragut nyawa nombor 1

Mengikut maklumat yang saya baca dari Metro Sihat bertarikh 30 September 2012, ke dua-dua lelaki dan wanita mempunyai risiko yang sama untuk menghidap penyakit jantung iaitu penyakit nombor 1 yang menyebabkan kematian di seluruh dunia.  Wanita jarang mendapat penyakit jantung ketika masih subur kerana mereka dilindungi oleh hormon estrogen yang tinggi.  Ketika telah mamasuki farsa menopaus, risiko mereka untuk menghidapi penyakit jantung adalah sama dengan lelaki.

Faktor paling tinggi yang menyumbang kepada penyakit jantung ialah penyakit diabetes mellitus (gangguan metabolisma karbohidrat yakni apabila gula dalam tubuh tidak dioksidasikan untuk menghasilkan tenaga kerana kekurangan hormon pankreas insulin) yang menjadi 'ibu' kepada penyakit kardiovaskular.

Pesakit-pesakit jantung ini pada peringkat awal, ramai yang kurang menyedari mereka menghidapi penyakit tersebut kerana ia tidak memberi isyarat awal dan sukar untuk dikesan.  Simptom-simptom awal juga adalah berbeza.  Ada yang kebas tangan kiri hingga ke tengkuk dan kadangkala hingga ke bahagian tengah dada.  

Punca penyakit jantung
  • Usia - untuk wanita, risiko adalah lebih tinggi apabila telah menopaus.  
  • Kolesterol berlebihan
  • Tekanan darah tinggi
  • Merokok
  • Gaya hidup di bawah tekanan tinggi (selalu tertekan (stress))
  • Lemak berlebihan.  Mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 80 sentimeter mempunyai risiko yang lebih tinggi
  • Kencing manis (diabetes)
  • Sejarah keluarga - ada di antara ahli keluarga yang menghidap penyakit jantung
Tanda awal serangan jantung
  • sakit dada, sesak nafas, pening kepala, jantung berdebar, kesukaran bernafas terutama ketika baring, sakit kepala, berasa tertekan, kerap terjaga ketika tidur, bengkak di bahagian buku lali.


Faktor yang menyumbang kepada serangan jantung

1.  Asap rokok
  • Asap rokok mempercepatkan pembekuan darah
  • Ia menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah
  • Ia mengurangkan bekalan oksigen ke jantung
  • Ia boleh menyebabkab tekanan jantung dan darah meningkat jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan
2.  Kandungan lemak tinggi
  • Lebih tinggi kandungan lemak, lebih merbahaya,  Oleh itu elakkan makanan yang tinggi lemak termasuk mentega, minyak sapi dan daging

3.  Kurang bersenam
  • Senaman amat penting untuk menguatkan jantung.  Ia juga mampu memperbaiki pengaliran darah ke jantung

4.  Darah tinggi
  • Penyakit darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.  Jantung terpaksa menggunakan tenaga yang lebih kuat untuk mengepam darah melalui saluran yang sempit.  Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang untuk diserang sakit jantung

5.  Kencing Manis
  • Pesakit kencing manis mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat serangan jantung

Cara untuk mengurangkan risiko sakit jantung
  • Berhenti dan jangan merokok
  • Mengambil ubat (untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis) dan mengawal pemakanan
  • Mengawal tekanan (stress)
  • Banyakkan makan daging putih seperti ayam dan ikan dan kurangkan makan daging merah seperti daging lembu, kambing, kerbau dan sebagainya
  • Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu iaitu selama sekurang-kurangnya 20 minit setiap sessi
  • Makan makanan yang berserat tinggi seperti bijirin kerana dipercayai, serat boleh menyerap lemak dan kolestrol 




No comments: