Friday 12 October 2012

Kanser serviks (Barah pangkal rahim)


Merujuk kepada artikle yang ditulis oleh Hidayatul Akmal Ahmad di Metro Ahad 30 September 2012, kanser serviks atau barah pangkal rahim adalah kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita.  Golongan yang berisiko tinggi adalah yang berumur 45 hingga 60 tahun.  Selain dari itu, mereka yang sering bertukar-tukar pasangan dalam melakukan hubunan seks juga mempunyai risiko yang tinggi.

Tanda dan gejala kanser serviks
  • Pendarahan ketika melakukan hubungan seks
  • Pendarahan pada pertengahan bulan
  • Pendarahan selepas menopaus
  • Keluar lendir berdarah yang busuk dari faraj
  • Sakit ketika melakukan hubungan seks



Wanita yang berisiko mendapat kanser serviks
  •  Mempunyai lebih dari seorang pasangan
  • Mula aktif hubungna seks sebelum usia 18 tahun
  • Mengalami jangkitan kuman seperti siflis, gonorhoea, chalmydia atau HIV
  • Kurang daya tahan imun
  • Wanita yang pernah dijangkiti HPV dan badan tidak mampu untuk membersihkan virus berkenaan
  • Berusia 35 tahun ke atas
Kepentingan ujian pap smear
  •  Ia adalah kaedah mudah untuk mengesan kehadiran kanser serviks dari peringkat awal dan kaedahnya tidak menyakitkan.  Ia dilakukan oleh doktor dan jururawat terlatih yang membabitkan pemeriksaan dalaman dan pengambilan sampel sel dari pangkal rahim.  Sampel itu akan dihantar ke makmal untuk dianalisa.

Rawatan yang disediakan
  • Jika keputusan pemeriksaan pap smear tadi menunjukkan anda positif menghidapi kanser pangkal rahim, doktor akan memberikan kaunseling mengenai rawatan yang boleh dilakukan.  Biasanya ada tiga jenis rawatan iaitu pembedahan, radio terapi dan kemoterapi.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat.  Oleh itu amalkanlah cara hidup yang sihat, setia pada pasangan anda dan lakukan ujian pap smear setiap tiga tahun.  





No comments: