Thursday 10 March 2011

Asap rokok rosakkan rambut

Menurut para penyelidik, asap rokok mampu menyebabkan keguguran rambut dan menjadikannya cepat beruban.  Kajian juga menunjukkan bahawa asap rokok dapat merosakkan kelenjar dan hormon pertumbuhan rambut. 

Penelitian yang dilakukan kepada 600 lelaki dan wanita yang sebahagiannya adalah dari golongan perokok menunjukkan bahawa perokok lebih cepat beruban berbanding bukan perokok. 

Di dalam kajian lain yang dilakukan keatas 740 lelaki Taiwan berusia dalam lingkungan 40 hingga 91 tahun pula mendapati hanya mereka yang menghisap rokok secara berterusan atau mempunyai salasilah keluarga yang merokok yang mengalami masalah kebotakan.

Oleh itu, jika anda yang sentiasa inginkan rambut yang sihat dan cantik sehingga ke hari tua, jauhilah dan berhentilah dari tabiat merokok yang lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.

2 comments:

Misz-ella said...

Ye ke?? patut la rambut saya selalu rosak sbb dikelilingi oleh kwn-kwn yg merokok .. sya sorang je yg tak.

Unknown said...

owh..
leh rosak gak ker..
dop tau ler plak.
nseb bek dop merokok