Thursday 17 February 2011

Susu untuk ibu mengandung

Mengamalkan diet yang bernutrisi dan seimbang semasa mengandung adalah penting kepada kesihatan si manja dan anda.  Menambah menu harian dengan meminum susu untuk ibu mengandung adalah salah satu cara untuk mendapatkan nutrisi-nutrisi yang diperlukan.  Semasa memilih susu anda harus memilih susu yang mengandungi zat-zat seperti berikut:



1.  Protein
Ibu mengandung perlu mendapatkan 60 gram protein setiap hari untuk membantu dalam pertumbuhan tisu.  Selain dari susu, protein juga boleh didapati dari ikan dan makanan laut, ayam, itik, lembu, telur, kekacang dan bijiran.

2.  DHA (Asid Dokosaheksanoik)
DHA adalah penting untuk perkembangan otak untuk bayi anda.  Pakar menasihati ibu mengandung perlu mendapatkan pengambilan DHA sebanyak 300mg sehari setiap hari.  Selain susu, ia juga boleh didapati dari telur, organ dalaman binatang, limpa dan ikan.

3.  Asid folik
Pengambilam asid folik yang mencukupi setiap hari iaitu 600mcg, terutamanya sebelum kehamilan dan di peringkat awal kehamilan dapat mencegah kecacatan tiub neural (NTDs).  Ia jug aboleh didapati dari jus oren, sayuran hijau dan bijirin.

4.  Zat besi
Zat besi adalah komponen utama untuk hemoglobin, bahagian darah yang membekalkan sumber oksigen kepada anda dan bayi anda.  Jumlah zat besi yang disyorkan adalah 27mg setiap hari.  Ia mampu mencegah masalah anemia iaitu kekurangan darah merah.  Zat besi juga boleh didapati dari daging lembu, organ dalaman binatang, kekacang dan bijirin.

5.  Kalsium
Kalsium adalah penting untuk memenuhi keperluan pertumbuhan janin iaitu untuk penghasilan tulang dan tengkorak serta untuk mengekalkan penghasilan susu badan.

6.  Zink
Ibu perlu mendapatkan bekalan zink yang mencukupi untuk mengelakkan kecacatan tiub neural (NTDs) dan kelahiran dengan berat badan rendah.  Ia juga boleh didapati dari makanan laut, limpa dan daging lembu.

7.  Vitamin dan mineral
Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan sumber vitamin dan mineral yang baik.  Ibu mengandung memerlukan sekurang-kurangnya satu hidangan buah-buahan sitrus dan satu hidangan sayuran hijau atau kuning setiap hari.

Minuman berkhasiat yang dirumus untuk ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak adalah baik kerana ia mampu membekalkan nutrien yang mereka perlukan.

Pemakanan yang baik juga amat penting untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.  Susu ibu adalah hadiah terbaik untuk anak anda kerana ia bukan sahaja membekalkan makanan berkhasiat seperti lutein dan alfa-protein tetapi juga memberikan perlindungan menerusi pembinaan imuniti.

5 comments:

nisa said...

masa nisa pregnant dulu nisa minum susu anmum, tp kuat giler makan maggie..pastu bila bersalin baby pun kuning jd tinggi..seminggulah berumah kt hospital...pasni pregnant dh xnk makan benda2 merapu ni..sian baby...

AH7 said...

info y menarik..tp ah7 mnum susu omega...huhuhu

genuine1224 said...

bagus info ni..sesuai utk ibu2 yg br 1st time mengandung

Miss PIJAOSIX said...

nice info..:)

toyolkiut said...

skrg ni bnyk susu khas utk ibu2 mengandung..
bagus jg, ada pilihan utk tmbhkan nutrisi bakal ibu..