Saturday 5 February 2011

Penjagaan diri selepas bersalin - makanan berkhasiat

Mengikut pantang larang selepas bersalin yang sering diamalkan sejak dahulu kala, banyak makanan tidak boleh dimakan semasa dalam tempoh berpantang.  Ini sebenarnya melambatkan proses pemulihan selepas bersalin kerana si ibu tidak mendapat bekalan protein, vitamin dan zat galian yang cukup untuk membantu pemulihan badan.  Ia juga akan mengurangkan penghasilan susu.




Mengikut petikan dari buku tulisan Dr. Mohd Azhar Mohd Nor dari buku yang bertajuk Diari Kehamilan, semasa dalam tempoh berpantang, memakan makanan berkhasiat dapat membantu untuk badan pulih dengan cepat.  Makanan yang harus dimakan adalah makanan yang kaya dengan protein, vitamin dan zat galian.  Disamping menyihatkan badan, ia juga menyumbang kepada penghasilan susu badan.  Anda juga perlu meminum air yang mencukupi kerana ia akan membantu penghasilan susu yang banyak dan mencukupi untuk bayi.

Ramai para ibu yang bimbang jika tidak menjaga pemakanan ditakuti luka di dalam badan dan luka guntingan akan bernanah jika tidak menjaga pemakanan, tetapi mengikut Dr. Mohd Azhar Mohd Nor, nanah tidak terjadi disebabkan oleh pemakanan, tetapi ia terjadi akibat dari jangkitan kuman.  Jika luka guntingan anda bernanah, anda haruslah berjumpa doktor dan biasanya doktor akan memberikan antibiotik untuk mengubati dan mencegah dari terjadinya jangkitan kuman.

Oleh itu, untuk para  ibu zaman moden ini , anda perlulah bijak untuk menggabungkan kaedah berpantang cara tradisional dan moden.  Kaedah berpantang cara tradisional masih boleh terus diamalkan tetapi haruslah ditambah dengan pemakanan yang berkhasiat.

3 comments:

AH7 said...

huhuhu~~ nice info for bakal2 ibu...

Madam Pam said...

mak kita nurse, so x pantang sangat masa mengandung.banyak benda boleh makan,jgn makan benda2 yg boleh mengatalkan je....tapi minggu pertama teruklah kena makan halia dan pati ikan haruan sebanyak2nya...

Anonymous said...

Sama lah.. Pantang ikut nasihat doc yg bagus.. Minum air mmg perlu banyak.. Xde pon sy buncit or kembang.. Tetap maintain je bdn :)