Wednesday 5 January 2011

Mee hailam

 Bahan-bahan:
  • 250 gram mi kuning
  • 1 sudu besar minyak masak
  •  1/2 sudu kecil minyak bijan
  • 2 ulas bawang putih
  • 60 gram kek ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar tepung jagung (campur sedikit air)
  • 8 gram isi ayam
  • 50 gram udang
  • 1 cawan stok ayam
  • 40 gram kailan
  • 60 gram lobak merah
  • 50 gram kubis bulat
  • Garam secukup rasa
  • Lada putih secukup rasa

Cara menyediakannya:
  1. Mula-mula tumis bawang putih, kemudian masukkan isi ayam dan udang.  Biarkan masak sebentar.
  2. Kemudian masukkan sos tiram dan stok ayam dan mi kuning.
  3. Selepas itu masukkan sayur-sayuran dan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air.
  4. Akhir sekali masukkan minyak bijan, garam dan lada putih secukup rasa.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

No comments: