Monday, 13 December 2010

Osteoporosis- Penyakit lelaki yang dilupakan


Osteoporosis adalah penyakit tulang reput.  Ramai beranggapan bahawa osteoporosis hanya menyerang wanita yang berumur 50-an yang sudah mencapai tempoh monopous.  Sebenarnya ia juga menyerang lelaki terutamanya yang telah berumur.

Sebab-sebab yang menyumbang serangan penyakit ini kepada lelaki:
  1. Kekurangan pengambilan kalsium dan vitamin B12 serta diet yang tidak seimbang menjadi faktor kepada serangan osteoporosis.  
  2. Tabiat meminum minuman keras juga adalah pendorong penting kepada penyakit ini kerana minuman keras akan menghalang penyerapan kalsium oleh badan. 
  3. Tabiat merokok akan melemahkan sel-sel tulang.
  4. Pendedahan kepada ubat-ubatan seperti steroid (yang digunakan untuk merawat asma atau artritis)
  5. Sesetengah ubat rawatan kanser serta penyakit kronik.
  6. Mengubah paras hormon.
Namun begitu satu pertiga daripada lelaki yang diserang osteoporosis tidak diketahui sebabnya.

Sebagai langkah pencegahan sebelum diserang penyakit osteoporosis ini, langkah-langkah berikut haruslah diamalkan.
  1. Melebihkan pengambilan vitamin B12 yang boleh didapati dari daging, telur dan produk tenusu.
  2. Pengambilan kalsium sebanyak 1000miligram sehari secara berperingkat.  Untuk yang berumur 50 tahun keatas, sukatannya adalah 1500 miligram.
  3. penambilan vitamin D yang mencukupi.  haruslah megambil sekurang-kurangnya 400IU tetapi tidak lebih dari 800IU sehari.  Vitamin D ini penting untuk penyerapan dan fungsi kalsium dalam tubuh.
  4. Melakukan senaman seperti senaman angkat berat, berjalan, berjoging, bermain tenis serta badminton (dan lain-lain sepertinya), menaiki tangga dan bersukan.  Sukan-sukan ini mampu untuk menambah dan mengekalkan kepadatan tulang.
Amalkanlah cara hidup dan pemakanan yang sihat untuk mengurangkan risiko anda dihidapi penyakit ini.

6 comments:

sekamar rindu said...

salam..


info yg sangat menarik..

kiz said...

1st time dengar ni...

geekz36 said...

hurm, ingatkan perempuan sahaja. nice info

ozzy said...

salam..

Info menarik & perlu diberi perhatian oleh lelaki

S..U..D..@..I..S said...

selalu pasal2 tulang dikaitkan dengn pompuan, lelaki pun perlu ambil kalsiam juga...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

betul kata S..U..D..@..I..S ..

so sekarang si ayah jgn berebut nak susu dgn si kecil yew!

hahahahahah...