Monday 6 December 2010

Melahirkan bayi yang sihat - bahagian 2

Anak yang sihat adalah impian setiap ibu bapa.  Oleh itu perancangan awal perlu dilakukan bagi mendapat zuriat yang sempurna dari segi fizikal dan mental.


Untuk melahirkan bayi yang sihat, jika ada di antara keluarga anda mempunyai penyakit keturunan seperti kencing manis, pemeriksaan awal perlu dilakukan iaitu sebelum anda mengandung.  Pastikan sama ada anda mempunyai kencing manis atau tidak kerana masalah kencing manis akan memudaratkan janin andai gula dalam darah tidak stabil.  Dapatkanlah nasihat doktor mengenai kesihatan anda dan niat anda untuk mengandung.  Ini adalah sangat penting kerana 25% daripada anak yang dilahirkan dari keluarga yang berpenyakit keturunan dilahirkan cacat.




Pastikan juga anda tidak meminum arak atau menghisap rokok kerana ia akan memudaratkan janin.  Ia akan menyebabkan kehadiran pelbagai penyakit kepada bayi dan boleh menyebabkan bayi lahir tidak cukup bulan.  Ia juga akan mungkin menyebabkan anak anda akan dilahirkan dengan kerencatan mental. 


Jika anda merancang untuk hamil, elakkan dari mengambil ubat-ubatan seperti ubat kuruskan badan, ubat untuk mencantikkan muka dan sebagainya kerana dibimbangi ia akan memberi kesan kepada kandungan.  

Bagi ibu mengandung, senaman adalah sangat perlu agar pengaliran darah berjalan lancar dan anak anda mendapat oksigen yang cukup.  Dapatkanlah nasihat doktor untuk mengetahui apakah jenis senaman yang boleh anda lakukan kerana anda tidak boleh melakukan semua senaman yang dilakukan ketika anda belum mengandung.
Gamber hiasan

Bagi para bapa pula, anda harus bersedia dari segi emosi dan pengetahuan bagi mengetahui bagaimana cara untuk memberi sokongan kepada isteri.  Jangan biarkan isteri pergi ke klinik tanpa ditemani.  Sebaik-baiknya suami ikut sekali kerana anda boleh mengetahui perkembangan bayi dan isteri anda.  Sebaik-baiknya semasa isteri anda melahirkan anda ada di sisi isteri anda kerana ia akan mencetuskan semangat dan akan daapt mengurangkan kesakitan isteri ketika melahirkan kerana dapat melihat orang yang disayangi ada di sisi.

Para ibu seharusnya mengisi masa lapang dengan pembacaan yang membina kerana ia adalah perkara yang baik untuk menambah pengatehuan.

Hamil adalah merupakan satu dugaan yang besar bagi seorang wanita.  Pelbagai dugaan akan dilalui seperti kerap muntah, pening, sukar tidur dan juga sukar berjalan. Kesabaran adalah sangat penting untuk menghadapi keadaan ini.

 Buku berkaitan :

The Mozart Effect - Music for Moms & Moms-to-be

The Hot Mom to Be Handbook: Look and Feel Great from Bump to Baby

2 comments:

sekamar rindu said...

salam...

semua ibu bapa mengharapkan bayi mereka sihat..

tips yang baik..tq

kiz said...

syukur..masa kita lahir dulu sihat..huhuhu