Monday 25 October 2010

Petua mencari jodoh bagi wanita

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang petua untuk mencari jodoh terutamanya kepada wanita, semoga ia dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Petua yang pertama - Jika kita ingin disukai oleh orang sekeliling, yang penting sekali adalah hati.  Jika hati bersih maka terpancarlah ia ke wajah kerana wajah tak boleh menipu. Jauhi dari sikap-sikap negatif seperti membenci, meluat dan menyampah kepada orang sekeliling.

Petua ke dua - Sentiasalah bersikap dan berfikiran positif.  Elakkan dari mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar.  Juga janganlah mudah berperasangka buruk kepada orang sekeliling.

Petua ketiga - Elakkan dari suka mengumpat dan mengata orang kerana ia akan mengajar hati menjadi jahat.  Apabila sifat ini bersarang di hati, ia akan memancarkan sifat buruk ini ke muka....maka hilanglah seri muka, di samping itu ia akan menambahkan dosa kepada orang yang diumpat dan kepada Allah.  Jika anda pernah melakukan ini, bertaubatlah.

Petua keempat - Berikhtiarlah dengan membaca ayat 1000 dinar dan surah Yusuf  ayat 4 tiap kali selepas solat dan berdoalah kepada Allah kerana jodoh pertemuan adalah di tangan Allah.  Disamping itu bolehlah mengamalkan mandi bunga kerana ia boleh membantu menaikkan seri wajah.

Petua kelima - Sentiasa menjaga tutur kata dan tata susila sebagai wanita muslim dan perempuan Melayu.  Jangan sesekali bercakap kasar kepada orang sekeliling terutama kepada lelaki kerana lelaki tidak suka perempuan yang berpelakuan dan mempunyai bahasa pertuturan yang kasar;  tetapi jangan pula terlalu lembut.  Ala kadar dalam tingkah laku.

Petua keenam - Mempunyai perasaan sayang dan perihatin terhadap orang lain juga adalah penting. Jangan bersikap mementingkan diri sahaja.

Dengan mengamalkan semua dia atas insyaallah akan dapat menjadikan anda wanita dambaan lelaki.  Semoga ia dapat membantu serba sedikit dalam mencari jodoh.

No comments: