Wednesday 27 October 2010

Mengilat dan melembutkan rambut

Petua kali ini insyaallah mujarab untuk semua bangsa, warna kulit dan warna rambut.  Ambil dua cawan pati santan, dua batang daun lidah buaya, lima helai daun pandan dan kuning telur.  Kisar daun pandan dah daun lidah buaya- ambil airnya.   Kemudian campurkan kuning telur dan kacau hingga sebati.  Sapukan bahan ini di kepala dan urut kepala selama lima minit.  Setelah selesai, balut kepala dengan tuala basah selama sepuluh minit, kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.  Kalau kulit jenis berkelemumur, tambahkan sedikit air perahan limau purut.  Amalkanlah selalu untuk mendapatkan kesan yang memuaskan.

6 comments:

Lydia Miza said...

TQ sudi share petua ni.Nakcubalah..hehehe

Cempakamelati said...

Lydia Miza- sama-sama.

Dyla Dahlan said...

erk..pkai santan ni buat rambut berbau busuk ke?err..mksud sy bau yg lain mcm..sbb besenye kalo berunsurkn kelapa ni bau die lain sket..

Cempakamelati said...

Lepas perap rambut, kalau nak syampu pun boleh juga untuk hilang kan bau.

kenalinegaraku4u2c said...

Bagus2 petuanya...tapi...saya dah kurang rambut dah.Taktau nak wat camna..huhuhu..

Cempakamelati said...

Kenalinegaraku4u2c (Azam): Azam jangan risau, saya juga ada petua untuk mengurangkan rambut gugur dan melebatkan rambut yang saya kongsikan di blog ini. Harap ia boleh membantu.