Monday 18 October 2010

Cara menghilangkan/mengurangkan bau yang kurang enak ketika haid

Ok, hari ini saya akan sambung sedikit lagi maklumat tentang penjagaan diri ketika haid.  Sesetengah wanita  mengalami darah haid berbau.  Pasti keadaan ini kurang selesa dan membataskan pergaulan dan aktiviti harian.  Disini saya akan berkongsi petua untuk mengurangkan bau yang kurang enak tersebut.

Petua pertama ialah ambil jadam sebesar ibu jari dan asah didalam lesung batu.  Campurkan dengan sedikit air masak.  Campurkan juga dengan sedikit air asam jawa.  Tapis dan amalkan minum tiga hari berturut-turut.

Petua kedua, ketika dalam haid elakkan atau kurangkan makan ayam dan daging kerana ia akan menyebabkan darah haid hanyir dan berbau.

Petua ketiga, bersihkan tempat sulit dengan menggunakan air rebusan sirih yang dicampur dengan jintan hitam dan garam kasar.  Jika ada kelapangan, elok juga bertangas pada hari keenam, ketujuh dan kelapan.

No comments: